Dengan jumlah ahli 3,577.719 juta orang UMNO sukar dipintas parti lain dalam apa jua keadaan.
Hal ini harus diakui musuh UMNO yang sesusia dinegara ini,dengan jumlah ahli yang kekal bertambah sejak ditubuhkan melayakan UMNO digelar parti keramat orang Melayu.
Jika dahulu kita mengatakan Parti Golkar di Indonesia dianggap dominan seperti UMNO,namun hari ini Parti Golkar hanya ada seorang wakil dalam kabinet negara itu.
Pada satu ketika,rakyat membandingkan UMNO dan Parti Golkar sama dominannya,namun Golkar kini tidak lagi seperti UMNO dalam konteks kekuasaan kita.
Tidak mustahil UMNO juga akan tinggal nama memandangkan sesuatu yang baharu tidak kekal selama-lamanya.
Pada kata-kata'biarpun aku seorang yang zalim lebih baik aku mati dalam Islam daripada aku mati sebagai seorang kafir yang adil' pastinya mempunyai maksud tersirat dan tersurat bagi yang mengerti.
Dengan suasana politik riuh seperti dalam pasar tidak ramai menyedari musuh kita adalah diri kita,namun sama ada sedar atau tidak,ramai menyalahkan orang lain.
Sungguhpun kita dilahirkan seperti kain putih,Lurus pun kita,belok pun kita,tumbang pun kita,tegak pun kita semuanya diri kita.
Adakah kita mahu dihujung kegelapan baru ada cahaya?sedangkan hidup ini penuh dengan cahaya'. 'sesungguhnya cahaya dari api yang marak tidak sama dengan cahaya lampu'pilihlah yang mana kamu dan aku suka asalkan tidak terbakar sifat diri.Jika terbakar salahkan diri sendiri,kerana kamu dan aku salah memilih.





0 ulasan: