واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103
Artinya :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”
(Q.S. Ali Imron ayat 103)
Setiap hari kita menonton dan mendengar,malah kita sendiri turut menyatakan sesama kita,'Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah' namun,benarkah kita benar-benar berpegang pada hakikat yang kita sendiri ungkapkan.
Mengolah faham makna,lihatlah diri kita,cerminlah diri kita dengan keluarga,jiran dan sahabat agar ungkapan itu tidak sia-sia atau hanya seperti mencurah air pada daun keladi.
Akhir-akhir ini,ramai saudara mara kita,sahabat kita berbalah kerana harta,kedudukan dan bukankah itu lari dari Firman pada ayat 103 surah Imran?. Benarkah?tidak pernah wujud perbalahan menjadikan seseorang itu lebih akrab,sedangkan perbalahan ibarat kudis atau luka yang meninggalkan parut selepas sembuh.
Sesungguhnya mencari kebenaran adalah mudah,manakala menolak kebenaran adalah lebih mudah daripada menolak keburukan.
Kenapa menolak keburukan lebih sukar daripada menerima kebaikan?mungkin persoalan ini ada simpang melintangnya,namun tidak sukar diterima jika soalan dijawab dengan soalan,soalan dijawab dengan jawapan.
Lihatlah pada amali diri,sama ada kebaikan lebih kedepan daripada keburukan,oleh itu,'hisablah kehidupan harian mu bermula dari bangun tidur.
Bukan senang untuk memperolehi apa yang ada dalam firman :
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103
Bagaimana untuk memperolehinya.
Jagalah lidah mu,tangan mu,mata mu,telinga mu,kaki mu.akal mu ,kemaluan mu dan hati mu dari menuruti nafsu.
Jauhilah sifat itu daripada keriuhan seperti dalam pasar,riuhlah sifat itu dengan zikru kepada pencipta alam ini,jika benar-benar mahu berpegang pada tali Allah.





0 ulasan: