Jumaat, 16 Disember 2016

Tanda Bacaan:

Desak dedah keluasan sebenar tambak STPII

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak memperjelas keluasan sebenar tapak tambakan laut di Sri Tanjung Pinang II (STPII) yang dikatakan mengandungi unsur mencurigakan.

Jurucakap GERAKAN Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi, berkata ia susulan beberapa kenyataan bercanggah berhubung perkara itu yang dikemukakan kerajaan negeri pimpinan DAP.

Beliau berkata, sebelum ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menjelaskan keluasan projek tambakan laut itu adalah 360.58 hektar, termasuk projek taman awam di Gurney Wharf di sini.

“Bagaimanapun, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, menyatakan keluasan keseluruhan projek terbabit hanya 343.98 hektar.

“Ia menunjukkan wujud perbezaan keluasan sebanyak 16.59 hektar membabitkan nilai RM2.32 bilion.

“Justeru, kerajaan negeri perlu menjelaskan perkara ini bagi mengelak penyelewengan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

(BHONLINE)

Panel- Sagu Melayu
Melaksanakan sebuah cita-cita lebih sukar dari meranapkan sebuah gunung.
Follow me Facebook
Subscribe to this Blog via Email :

0 ulasan:

Text Widget

Recent news

About Us

© 2014 Riuh Politik. Designed by Bloggertheme9 | Published By Blogger Templates20
Powered by Blogger.
back to top