Khamis, 29 Disember 2016

Tanda Bacaan:

Negara Bankrap Tambah Subsidi Haji RM40 Juta


Kredit gambar
Malaysia dituduh akan bankrap dibawah pimpinan Datuk Seri Najib oleh pemimpin pembangkang berkepentingan pribadi dan parti telah menambah subsidi haji RM40 juta.

Pada tahun lalu tuduhan negara bankrap bertalu-talu dipentas pembangkang tetapi kerajaan pimpinan Najib tetap juga tanggung subsidi haji RM160 juta.

Penambahan subsidi RM40 juta berikutan peningkatan kos menunaikan haji RM19,550 seorang pada tahun depan.

Walaupun peningkatan kadar bayaran haji berlaku saban tahun mereka yang menunaikan haji melalui tabung haji tidak perlu bayar RM19,550 pada tahun hadapan sebaliknya kekal pada kadar RM9,980 sejak 2009.

Subsidi jemaah Haji RM200 juta tahun depan merupakan usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Secara hakikinya,penambahan sebanyak RM40 juta subsidi haji untuk membantu umat Islam negara ini menunaikan rukun Islam ke lima.

Harap-harap pemimpin pembangkang yang terlebih ilmu agama tidak menuduh subsidi haji sebagai rasuah kepada rakyat.-Hot Kelate-

Panel- Sagu Melayu
Melaksanakan sebuah cita-cita lebih sukar dari meranapkan sebuah gunung.
Follow me Facebook
Subscribe to this Blog via Email :

0 ulasan:

Text Widget

Recent news

About Us

© 2014 Riuh Politik. Designed by Bloggertheme9 | Published By Blogger Templates20
Powered by Blogger.
back to top