Jumaat, 16 Disember 2016

Tanda Bacaan:

Malaysia Minta Penjelasan China dan AS

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meminta penjelasan daripada China dan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) mengenai penempatan aset ketenteraan China di tujuh buah pulau buatan yang dibinanya di Laut China Selatan baru-baru ini.

AMTI merupakan sebuah badan pemikir global yang menganalisis soal-soal keselamatan dan strategik di rantau Asia Pasifik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan memohon penjelasan kepada rakan sejawatnya daripada kedua-dua negara itu dalam masa terdekat.

“Saya akan menulis surat kepada Menteri Pertahanan China, Jeneral Chang Wanquan dan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter untuk meminta penjelasan berhubung dakwaan yang didedahkan oleh AMTI baru-baru ini.

“Sekiranya dakwaan itu benar ia akan menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat antarabangsa yang mampu menjejaskan keselamatan, kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Sempena Persaraan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-18 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. – K! ONLINE

Panel- Sagu Melayu
Melaksanakan sebuah cita-cita lebih sukar dari meranapkan sebuah gunung.
Follow me Facebook
Subscribe to this Blog via Email :

0 ulasan:

Text Widget

Recent news

About Us

© 2014 Riuh Politik. Designed by Bloggertheme9 | Published By Blogger Templates20
Powered by Blogger.
back to top