LAHAD DATU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 5,092 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lebih 4,000 Operasi Bersepadu di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Ia melibatkan kawasan di Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau,
Komander Esscom, Deputi Komisioner Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sepanjang tempoh operasi tersebut seramai 49,199 PATI diperiksa dan 5,092 yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan.
Kesemua yang ditahan ditempatkan di empat pusat tahanan sementara iaitu di Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Papar sebelum dihantar pulang ke negara asal, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
RP-Tahniah,kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan amanh yang dipukul,Allah bersama mu





0 ulasan: